- Memberi pendedahan mengenai penggunaan sumber-sumber maklumati yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia.
- Meningkatkan kemahiran mengakses makluat dan menggunakan sumber-sumber maklumat.
- Mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan tepat.
Selepas pendaftaran dan minum pagi, program tersebut dimulakan dengan ceramah oleh salah satu staf perpustakaan. Ceramah tersebut memberi pendedahan kepada para pengawas pusat sumber tentang Perkhidmatan PNM dan Sumber-sumber rujukan asas. Para pengawas pusat sumber juga ditunjukkan cara menggunakan program OPAC, MyLib Perkhidmatan Hipermedia.
Selepas makan tengahari, program diteruskan dengan lawatan ke Pusat Manuskrip Melayu, Perkhidmatan Mikrofilem, dan Bahagian Pemuliharaan.
Sesi penggambaran sebelum masuk ke Pepustakaan Negara Malaysia
Carilah perbezaan dengan gambar yang pertama... keke
Pengawas Pusat Sumber mendaftar diri untuk program.
Para pengawas pusat sumber dan cikgu sedang mendengar taklimat daripada staf perpustakaan.
Pengawas pusat sumber sedang membiasakan diri di bilik multimedia sebelum ceramah bermula.
Lawatan ke Pusat Manuskrip Melayu
Staf perpustakaan menunjukkan cara menggunakan mikrofilem
Sijil penghargaan diberi kepada Cik Lina...
...Pn. Farahtul tidak terkecuali juga!
Para pengawas pusat sumber yang senyum lebar selepas program yang amat menyeronokkan
(For more pictures...click here)
Pada pukul 4.30 petang, program tersebut diakhiri dengan ucapan oleh pihak pengurus Pusat Sumber Sekolah dan guru-guru penyelara pusat sumber sekolah kami. Kami berharap program-program ini boleh lebih giat disertai oleh para pengawas pusat sumber pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment